Lumrah kehidupan kanak-kanak di Malaysia akan menjejakkan kaki ke bangku sekolah apabila mencecah umur 6 - 7 tahun. Perkara ini telah termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, menjadi satu kesalahan kepada para ibu bapa sekiranya tidak mendaftarkan atau menyekolahkan anak mereka yang berumur antara 6 - 7 tahun. Lantas, para ibu bapa hendaklah peka dengan umur anak mereka. Hal ini bukanlah menjadi satu kesukaran kepada ibu bapa kini kerana setiap anak warganegara yang lahir, diwajibkan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan kelahiran anak tersebut. Sebagai bukti pendaftaran itu, anak-anak yang baru lahir ini diberikan satu dokumen maha penting - Surat Beranak (SB). SB bukan sahaja berperanan merekodkan nama, nama ibu bapa, tarikh lahir, tempat lahir, tetapi juga merupakan suatu bukti kewarganegaraan.
Dalamkonteks menyekolahkan anak ini, ibu bapa kini bergantung 100% kepada SB. Persoalannya di sini: Bagaimanakah ibu bapa pramerdeka menentukan umur anak mereka bagi tujuan penyekolahan? Anak-anak pramerdeka tidak mempunyai SB justeru ramai ibu bapa yang tidak pasti akan umur anak mereka.
Bagaimana mereka menentukan umur anak? Bagaimana pula guru di sekolah dapat mempercayai umur kanak-kanak yang ingin bersekolah? Mungkin kaedah agakan atas dasar saling mempercayai boleh dijadikan asas. Tetapi ada satu kaedah mudah untuk menentukan umur seseorang kanak-kanak. Pengalaman bonda saya yang merupakan mantan guru sekolah lulusan darjah 7 zaman pramerdeka, dapat dijadikan pedoman dalam menentukan umur seseorang kanak-kanak itu.
Caranya mudah saja... Minta kanak-kanak itu mengangkat tangan kanannya ke atas dan rapatkan ke telinga kanan. Kemudian minta lagi kanak-kanak itu menyentuh telinga kirinya dengan membengkokkan tanganya melalui atas kepalanya. Bagi kanak-kanak yang memasuki umur persekolahan yakni berumur antar 6 - 7 tahun, mereka akan dapat memegang telinga kirinya atau setidak-tidaknya jari tangan kanannya dapat menyentuh telinga kirinya. Kanak-kanak yang berumur kurang dari usia itu tidak akan dapat berbuat demikian.
Petua ini telah saya uji kepada anak-anak saya dan anak-anak rakan.Ternyata memang betul.
Nah... jangan sangka orang dulu-dulu tidak mempunyai pengetahuan dalam ilmu 'umur'. Cubalah anda lakukan sendiri bagi membuktikan petua ini betul!

posting yang menarik dan human interest.teruskan Alang,banyak lagi yang boleh di tulis cth balik ngajar accident dgn ba-alif-ba-ya di jengka tu pun menarik jg.
ReplyDeletewookeeh...aku diperimbangkan...tq
ReplyDeleteni tengah baca memoir HAMKA,rupa-rupanya di Padang dlm thn 1917 nak masuk sekolah pun kena buat ujian yang sama ie.tangan kanan dpt sentuh telinga kiri melalui atas ubun-ubun.kalaulah dpt tau siapa `pencipta' test ini ye.
ReplyDelete