Thursday, May 14, 2009

SELAMAT HARI GURU


Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru yang telah membimbing dan mendidik anak bangsa. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran negara kita.


Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Penyata Razak telah diiktiraf sebagai Dasar Pelajaran Kebangsaan.


SELAMAT HARI GURU